“Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat
untuk diajukan kepada Allah lalu berkata: Ya tuhan,orang ini telah
menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku”.
(Riwayat Bukhari)
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya
hidup-hidup,tidak menghinanya dan tidak sayang anak lelakinya melebehi
anak perempuan,nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga”.
(Riwayat Abu Daub & Al-Hakim)
“Sesungguhnya Allah akan merahmati seorang yang lapang dada ketika
menjual,membeli dan ketika menagih hutang”.
(Riwayat Bukhari dari Jabir r.a)
“Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk
antara dua khutbah ingá selesai sembahyang jumaat”.
(Riwayat Muslim & Abu Daub)
Allah SWT berfirmam,Maksudya:
“Mereka bertanyakan engkau tentang roh,katakanlah : roh itu
termasuk urusan tuhanku”. (Al- Isra’: 85)
“Sesiapa berwuduk pada hari jumaat maka menyempurnakan
wuduknya kemudian pergi ke masjid untuk jumaat dan
mendengarkan khutbah dan memperhatikannya,maka diampunkan
baginya dosa-dosa yang terjadi antara jumaat itu dengan
jumaat yang sebelumnya…”.
(Riwayat Muslim & Ahmad)
“Riba itu mempunyai 73 cara (jalan),yang amat ringan dosanya
sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya”.
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihagi)
“Seorang mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk di
bawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu”.
(Yunus: 62-63)
“Orang yang memulakan memberi salam hádala terlepas daripada
sifat sombong dan takabbur”.
(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
"Sesungguhnya di antara dosa-dosa yang ada yang tidak boleh dihapus (ditebus)
dengan pahala solat, sedekah atau haji namun
dapat ditebus dengan kesusahpayahan dalam mencari nafkah." (At-Tabrani)
"Sesiapa sahaja keletihan pada waktu
hari akibat bekerja terlalu kuat, semua dosanya
akan diampunkan pada petang itu." (Ahmad)
"Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja
dan berusaha. Barangsiapa bersusah payah
mencari nafkah untuk keluarganya
maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza wa Jalla." (Ahmad)
"Sesungguhnya Allah Ta’ala suka melihat hamba-Nya
bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal." (Ad-Dailami).
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat kursi,
Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,
Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi.
Hai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. " (Surah Al-Ahzab: 56).
"Barang siapa yang berselawat kepadaku
pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali,
ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. " (Riwayat Tabrani).
"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali,
maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat
dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa)
dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
."Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya,
lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).
."Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat
(penghening jiwa pembersih dosa) bagimu." (Riwayat Ibnu Murdawaih).
“Roh (jiwa) itu bagaikan tentera yang berbaris.mana yang bersesuaian berdampinglah dia
dan yang bertentangan berjauhanlah dia” (Sahih Bukhari)
“Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu bila engkau ingat selalu pada dosamu,
dan kesempurnaan amalanmu harus menghindarkan ujud (sombong diri) ,
dan kesempurnaan syukurmu ialah menyedari kekurangan-kekuranganmu”.
(Khalifah Umar Al-Khattab r.a.)
Umar Bin Abdul Aziz Berkata:
“Perbuatan yang Sangat disukai oleh Allah s.w.t ada tiga: memaafkan
ketika dia mendapat kesempatan untuk membalas.belaku adil walaupun dia dalam
keadaan marah dan belas kasihan terhadap hamba Allah.sesungguhnya tiada seorang yang sayang
terhadap hamba Allah,melainkan Allah sayang kepadanya.”.
Said bin musayyab berkata “Barangsiapa duduk di masjid,seolah-olah duduk
bersama Tuhannya. Maka tidaklah sepatutnya dia mengucapkan sesuatu selain yang baik.”
Ibnu Mas’ud r.a berkata:
“Barangsiapa menyaksikan seseorang melanggar peraturan-peraturan solat,Dan tidak melarangnya,
maka dia menjadi sekutu orang tersebut dalam dosanya.”
Seorang iman laksana seorang duta atau pemberi syafaat bagi orang-orang yang diimaminya.
Oleh itu dia harus menjadi orang yang terbaik diantara para makmunnya.
( Iman Al-Ghazali).
“Jikalau anda berada dalam kesusahan,janganlah kesusahan anda itu menyusahkan orang lain.tetapi
apabila anda berada dalam kebahagiaan,maka bahagiakanlah orang yang susah.”
Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri
menunjukkan kata-kata lemah lembut
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan
persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah
tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku
kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia,
maka curigailah ia mengenai agamanya,
kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
July 24, 2006
TAZKIRAH
Posted by Pok Rie at 10:07 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)